Skip to main content

Golf

NJDP: Amelia terus unggul, Jarvis curi tumpuan dengan enam bawah par

NJDP

Amelia Lee semakin hampir untuk melakar kejayaan di kejohanan golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) 2026 Pusingan Kedua selepas mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori perempuan pada hari kedua saingan yang berlangsung di Kelab Golf A’ Famosa, Melaka hari ini.

Amelia tampil lebih konsisten pada pusingan kedua apabila mencatat 69 pukulan, tiga bawah par, untuk mengumpul 140 pukulan, empat bawah par selepas tamat dua pusingan.

Jelas Amelia, dia memperbaiki permainannya berbanding hari pertama, khususnya dalam aspek putting untuk melakar lebih banyak birdie sepanjang pusingan ditambah keadaan cuaca yang berubah, termasuk cuaca panas pada awal permainan sebelum hujan dan kembali cerah sedikit sebanyak membantunya.

“Hari ini lebih baik berbanding semalam. Saya rasa putting saya bagus dan pukulan juga baik, malah saya mendapat banyak peluang untuk melakukan birdie,” kata Amelia.

“Saya rasa cuaca hari ini sangat baik dan saya harap keadaan yang sama berterusan esok,” katanya.

Memasuki pusingan terakhir esok, Amelia mengakui keyakinannya semakin meningkat untuk memburu gelaran, namun enggan terlalu memikirkan kelebihan yang dimiliki ketika ini.

“Saya rasa saya boleh melakukannya. Saya yakin saya mampu melakukannya esok,” katanya yang menyifatkan kunci utama pada pusingan terakhir adalah keupayaan meletakkan bola di atas green, mencipta peluang birdie dan memanfaatkan peluang tersebut.

Catatan itu memberikannya kelebihan cuatro pukulan ke atas Choi Quinn-Cie yang turut cemerlang untuk memperbaiki kedudukan dan berada di tempat kedua dengan catatan keseluruhan par 144 pukulan.

Dalam kategori lelaki pula, Jarvis Liew Zun Xin muncul pemain paling menyerlah pada hari kedua selepas melakukan kebangkitan luar biasa dengan catatan 66 pukulan, enam di bawah par.

Selepas membuka saingan dengan 75 pukulan pada hari pertama, Jarvis melonjak ke kedudukan teratas dengan jumlah 141 pukulan, tiga bawah par, meninggalkan Raja Muhammad Syakir Raja Mohd Sukry di tempat kedua yang mengumpul 150 pukulan enam di atas par.

Jarvis mengakui perubahan dari segi teknik ayunan dan pendekatan mental menjadi antara faktor utama yang membantu meningkatkan prestasinya, terutama selepas merasakan permainan hari pertama kurang kemas.

“Dari segi mental, saya cuba untuk lebih yakin dengan setiap pukulan. Saya cuma cuba untuk menjadi lebih baik berbanding semalam.

“Dalam masa sama, dalam golf apa sahaja boleh berlaku, jadi saya cuba untuk kekal gembira dan positif sepanjang permainan,” katanya.

Walaupun memiliki kelebihan sembilan pukulan selepas dua pusingan, Jarvis tidak mahu terlalu yakin dan menganggap saingan masih belum berakhir selagi 18 lubang terakhir belum diselesaikan.

“Keyakinan saya memang meningkat, tetapi saya tidak boleh terlalu yakin atau mendabik dada. Saya perlu kekal merendah diri,” katanya lagi.

Keputusan Hari Kedua – Kategori Lelaki Keseluruhan

Jarvis Liew Zun Xin – 141 (-3)
Raja Muhammad Syakir Raja Mohd Sukry – 150 (+6)
Muhamad Eiqbal Aisy Mohd Elauddin – 151 (+7)
Khaleed Ikhwan Azim Dato’ Mohd Nafidz – 153 (+9)
Mohammad Fahrain Fadzilisham – 153 (+9)

Keputusan Hari Kedua – Kategori Perempuan Keseluruhan

Amelia Lee – 140 (-4)
Choi Quinn-Cie – 144 (Par)
Vikasni Laakshitaa Bala Subramaniam – 152 (+8)
Raissa Ahmad Zuhaili – 152 (+8)
Amirah Nur Hanania Afanizam – 152 (+8)

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement