Skip to main content

Sukan Asia

Ngeri! Enam jahitan di muka, Lau New Joe dedah kecederaan sebelum bertanding

dss
Advertisement

Pelumba berbasikal trek negara, Lau New Joe, menyimpan rahsia selama tiga hari sebelum mendedahkan terbabit dalam kemalangan ngeri ketika latihan, tiga hari menjelang saingan di Velodrom Izu.

Insiden itu menyebabkan New Joe menerima enam jahitan di muka dan terpaksa dikejarkan ke hospital, namun ia tidak menghalangnya untuk terus beraksi dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Advertisement

Ia juga menjadi kemalangan kedua berturut-turut buat New Joe, selepas sebulan lalu turut terbabit dalam kemalangan dalam Sukan Komanwel Glasgow yang menyebabkan kecederaan parah di muka.

New Joe yang melakukan kemunculan sulung Sukan Asia tetap mempamer semangat juang tinggi apabila menamatkan saingan omnium hari ini di tempat kelapan daripada 14 pelumba.

Advertisement

"Kami tidak dedahkan lebih awal (mengenai kemalangan ini) kerana saya mahu fokus kepada pertandingan.

"Tiga hari sebelum kejohanan, saya terbabit kemalangan apabila merempuh pelumba Korea Selatan yang terlebih dahulu tergelincir di banking velodrom.

"Nampaknya saya tidak bernasib  baik, hari itu kena di sebelah kiri muka dan kali ini di sebelah sini pula.

"Maafkan kalau saya telah mengecewakan semua tapi ini sahaja yang saya boleh berikan dalam keadaan sebegini," katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video