Skuad B-16 negara yang dibimbing Shukor Adan berdepan tugasan penting iaitu kelayakan AFC dan Kejohanan AFF tahun ini.
Terdahulu Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP), Datuk Ong Kim Swee, mengakui peruntukkan itu perlu digerakkan dengan strategi yang lebih teliti dan tersusun bagi memastikan misi pembangunan bola sepak negara tidak terjejas berikutan pengurangan dana berbanding RM26 juta yang diperuntukkan tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Advertisement
"Kita perlu realistik untuk bangunkan perjalanan bola sepak.
"Sasaran wajar mengikut peringkat yang perlu diutamakan. Bajet itu harus berlandaskan keperluan," kata pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, Selasa lalu mengumumkan peruntukkan RM18j bagi pelaksanaan NFDP di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.
Ia meliputi beberapa aspek antaranya pengurusan atlet dan jurulatih, pengurusan pusat latihan dan pendedahan latihan serta penyertaan kejohanan.
"Kegunaan bajet ini perlu digunakan di peringkat tertinggi seperti kelayakan Piala Dunia yang mempunyai pelbagai peringkat umur," katanya lagi.