Skip to main content

Bola Sepak

Neymar beri bayangan bakal bersara pada penghujung 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar

Bintang bola sepak Brazil, Neymar, tidak menafikan dirinya mempertimbangkan untuk menamatkan karier dalam kancah bola sepak dengan kempen Piala Dunia 2026 akan menjadi pentas terakhirnya sebagai pemain profesional.

Pemain berusia 34 tahun itu kembali melakukan penampilan sulung bersama Santos baru-baru ini -dengan menyumbang bantuan jaringan- selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut.

Advertisement

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku daripada sekarang, ia boleh jadi Disember tiba dan saya mahu bersara.

"Tahun demi tahun, tahun ini sangat penting buat Santos, untuk pasukan Brazil, kerana ia adalah tahun Piala Dunia, bagi saya juga, ia merupakan cabaran yang besar.

 

 

 

 

"Saya mahu kembali (cergas) musim ini sepenuhnya 100%, jadi sebab itu saya menangguhkan beberapa perlawanan. Ramai orang bercakap kosong tetapi mereka tidak tahu kehidupan seharian saya.

"Sudah tentu, saya mahu Kembali lebih awal bagi membantu pasukan, tetapi saya menangguhkan. Saya perlu mendapatkan rentak. Banyakkan Latihan, dengan ketekunan akan membantu saya capai 100%." katanya.

Untuk rekod, sejak melakukan debut pertama pada 2010 bersama Brazil, dia telah merekodkan 79 jaringan daripada 128 penampilan dan menjadikan dirinya antara penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad Selecao.

Must Watch Video