Tular di media sosial baru-baru ini anak kepada bekas penyerang England dan Chelsea, Carlton Cole, mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibu kepada isterinya yang lahir di Beranang, Selangor.
Perkara itu sekali gus membuka ruang buat anaknya, Cayden Cole, yang kini menyertai skuad Middlesbrough B-18 untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan selain mempunyai pilihan lain termasuk Nigeria dan Sierra Leone.
Advertisement
Untuk rekod, Cayden yang lahir daripada akademi West Ham United itu turut pernah mewakili skuad kebangsaan Sierra Leone B-20 tahun lalu.
Bapanya juga pernah mewakili Chelsea, West Ham United serta kelab Indonesia, Persib Bandung.