Negeri Sembilan dilaporkan sudah menandatangani pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 23 tahun itu difahamkan sudah pun mengikat kesepakatan dengan The Jang.
Advertisement
Wan Kuzri, yang pernah dipanggil menyertai kem latihan skuad B-19 negara pada 2020, merupakan pemain tengah yang mewakili pasukan University of Akron, Akron Zips, tahun lalu.
Dia juga merupakan adik kepada pemain yang hangat diperkatakan untuk menyarung jersi Harimau Malaya, Wan Kuzain Wan Kamal.
Dari US ke Negeri Sembilan, Wan Ahmad Kuzri yang pernah dipanggil ke kem latihan B19 negara difahamkan sudah menandatangani kontrak dengan skuad Jang. 🇺🇸🇲🇾✍️@ASTROARENA pic.twitter.com/UPGtQjRpF7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 17, 2026