Negeri Sembilan difahamkan memerlukan RM6 juta sebagai klausa pelepasan untuk mendapatkan pemain tengah, Alex Agyarkwa.
Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan, Faliq Firdaus, ketika menjawab komen daripada seorang peminat, yang mahu The Jangs mengikat Agyarkwa musim depan.
Advertisement
"Klausa pelepasan RM6 juta," jawabnya ringkas.
Sebagai rekod, Agyarkwa menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman semusim daripada Selangor sejak Julai lalu dan segera menyerlah untuk menjadi tonggak utama di bawah bimbingan bekas ketua jurulatih, Nidzam Jamil.
Bagaimanapun, ketika pemain berusia 25 tahun itu kian mencuri hati peminat di Paroi, kelab induknya, Selangor, memanggil semula khidmatnya hanya selepas enam bulan.