Skip to main content

Advertisement

Bola Keranjang

NBA: Spurs tewas tetapi Victor Wembanyama tetap menyinar!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

binyama

Kekalahan pasukan San Antonio Spurs kepada Utah Jazz awal pagi tadi mungkin mengecewakan, tetapi satu perkara yang pasti — Victor Wembanyama sekali lagi menjadi bahan bualan dalam pertemuan tersebut.

Wemby muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan 32 mata dan 7 rebounds sekaligus memikul tanggungjawab ofensif Spurs dari awal hingga akhir. 

Advertisement

 

 

Satu momen yang paling menjadi tumpuan adalah ketika Wemby melakukan satu ‘dunk’ yang memberikan reaksi luar biasa buat semua yang menonton, tidak kira rakan sepasukan yang sedang bermain mahupun penonton di luar gelanggang.

Sayangnya persembahan individu Wemby yang menyinar kali ini gagal untuk membantu Spurs memanjangkan rentetan kemenangan mereka apabila terpaksa akur tewas kepada Jazz dengan keputusan akhir 114-127. Seterusnya, pertembungan conference timur dan barat akan berlaku dengan Spurs akan bermain di laman sendiri berdepan Cavaliers pada 30 Disember.

Must Watch Video