Baru dua perlawanan bersama Philadelphia 76ers, LeBron James sudah mencuri perhatian! Bermula dengan tarian bersama Joel Embiid, kebangkitan luar nbiasa sehinggalah terpaksa direhatkan akibat masalah belakang, permulaan musim ke 24 yang penuh warna buat bintang NBA itu.
Selepas 8 musim bersama Los Angeles Lakers, James membuat penampilan sulung bersama Philadelphia ketika menewaskan juara bertahan, New York Knicks 106-100 pada 20 Oktober lalu dengan sumbanagn 14 mata, 9 rebound dan 7 assist.
Bron's new handshake with Embiid 😂😭 https://t.co/MgepjSJTe4
— NBA on ESPN (@ESPNNBA) October 22, 2026
Aksi menentang Cleveland Cavaliers dua hari kemudian pula lebih meriah apabila James dan Embiid mencuit hati peminat menerusi tarian ‘handshake’ sebelum perlawanan. 76ers turut bangkit daripada ketinggalan 29 mata untuk menang 114-106 dengan 17 mata hadir daripadanya!
Namun, sayangnya pemain berusia 41 tahun itu terpaksa diketepikan ketika berdepan Milwaukee Bucks pada 24 Oktober susulan pengurusan masalah bahagian bawah belakang dan sciatica.
Dua penampilan, dua kemenangan dan satu tarian viral cukup membuktikan impak bukan hanya di gelanggang yang masih dibawa LeBron James diusia 41 tahun tetapi pengurusan kecergasannay juga bakal menjadi aspek utama demi memastikan dia sentiasa dapat beraksi sepanjang musim.