Skip to main content

Bola Sepak

Nazmi Faiz menuju destinasi baru, ucap selamat tinggal kepada JDT

aass

Pemain tengah Harimau Malaya, Nazmi Faiz Mansor, bakal menentukan hala tuju baru dalam kariernya setelah lebih sembilan tahun setengah berkhidmat di Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bekas pemain kelab Portugal, Beira-Mar, itu sebentar tadi di media sosial mengumumkan penghijrahan dengan ucapan terima kasih kepada kelab yang telah disertainya sejak 2017 tersebut. 

"Johor menjadi lebih daripada sekadar tempat untuk bermain bola sepak, ia menjadi rumah kedua saya.

"Apa yang boleh saya katakan hanyalah terima kasih JDT.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini saya memberikan segala yang saya ada setiap hari.

 

 

 

Saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik walau apa pun situasinya.

"Dalam setiap cabaran, kesukaran dan kejayaan, saya tidak pernah berundur kerana menyarung lencana JDT sentiasa menjadi satu penghormatan," tulis pemain yang bakal menginjak usia 32 tahun itu. 

Diura-ura khidmatnya menjadi idaman di antara seteru Liga Malaysia  (Liga-M), Kuching City, yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selain STAR City FC.
 

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video