Skip to main content

Hoki

Nasihin Nubli idam pasukan hoki wanita negara cabar ego gergasi dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Hoki

Pasukan hoki wanita kebangsaan akan berangkat ke Santiago, Chile bagi menyertai Kelayakan Piala Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 8 Mac.

Ketua jurulatih Malaysian Tigress , Mohd Nasihin Nubli, menegaskan bahawa misi utama pasukan kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain-pemain muda, terutamanya dalam menghadapi pasukan bertaraf dunia.

Advertisement

Dia juga tidak menolak kemungkinan bakal ada kejutan yang bakal dilakukan oleh anak buahnya dan menyifatkan segala perkara boleh berlaku demi lencana di dada.

Untuk rekod, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Ireland, Kanada dan Jepun

"Kami sebenarnya bertuah dapat bermain dalam siri ini.

"Memandangkan pasukan kami berada di ranking 21 dunia, jadi fokus kami adalah meningkatkan prestasi dan proses.

"Enam Pemain Dunia Remaja turut berada dalam senarai. Kami akan menggunakan sebaiknya kemampuan masing-masing.

"Kami pernah mengalahkan Korea. Kami sudah membiasakan diri menentang pasukan besar.

"Kami juga telah menukar corak latihan usai Sukan SEA Thailand Disember lalu," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video