Skip to main content

Sukan SEA

Nani Sahirah pilih Harbin, China untuk ‘reset’ dan rai kejayaan sukan SEA Thailand 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nani

Pemegang rekod kebangsaan lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata, menutup tahun 2025 dengan satu momen yang penuh bersejarah selepas mencatat kejayaan besar di Sukan SEA Thailand 2025—meraih pingat emas dan memecahkan rekod kebangsaan dengan lontaran 16.36 meter.

Ini merupakan kemenangan pertamanya pada tahun ini, tetapi turut menjadi pencapaian terbaiknya jadi tidak hairanlah jika Harbin jadi destinasi untuk raikan segala hasil penat Lelah yang diletakkan sepanjang tahun!

Advertisement

 

 

Tidak keseorangan, Nani juga ditemani rakan atlit, Nor Sarah Adi yang turut beraksi di Sukan SEA Thailand dalam acara lompat bergalah di mana mereka merupakan rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada satu sama lain.

Dengan Sukan SEA menjadi petandingan terakhir untuk musim 2025, ia merupakan waktu yang paling tepat sekali untuk atlit sepenuh masa seperti mereka ‘reset’ , berehat secara mental dan fizikal dan melepaskan tekanan sekaligus mengembalikan motivasi sebelum musim baru bermula.

Buat Sarah pula, fokus nya selepas ini adalah untuk kembali cergas selepas melalui beberapa fasa kecederaan yang serius tahun ini sekaligus gagal untuk tonjol aksi sebenar. Justeru itu, waktu rehat ini pastinya sedikit sebanyak bakal membantu persedian mental mereka menjelang musim 2026.

Topik Berkaitan

Must Watch Video