Skip to main content

Bola Sepak

Nama Harry Montague kembali 'dicanang' miliki pertalian darah Malaysia

gaf

Baru-baru ini tular kembali kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United, mengesahkan pertahanan B-18 pasukan, Harry Montague, memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Pemain berusia 17 tahun itu menandatangani kontrak biasiswa penuh bersama Akademi The Hammers bagi musim 2025/26 bersama 11 pemain muda lain sebelum ini sebelum disahkan memiliki keturunan Malaysia menerusi kemas kini pengkalan data kelabnya.

Advertisement

Harry yang beraksi di jentera pertahanan itu dilaporkan memiliki darah pertalian Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Sabah, namun setakat ini  masih tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung status sebenar pemain ini.

Must Watch Video