Skip to main content

Bola Sepak

Nafuzi individu tepat kembalikan kegemilangan Terengganu -- Pakar

nafuzi

Pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, menyifatkan Nafuzi Zain sebagai individu tepat untuk membimbing dan mengembalikan semula Terengganu ke puncak prestasi.

Ujarnya, pengalaman yang dimiliki Nafuzi, terutama ketika bersama kem Harimau Malaya, mampu menjadi nilai tambah terbaik bagi memacu skuad Peteh itu muncul sebagai salah sebuah pasukan pencabar Liga Super 2026/27.

Tambah Asmawi, tekanan sudah pasti memihak Nafuzi tatkala penyokong setia Sang Penyu meletakkan harapan tinggi untuk melihat pasukan kesayangan mereka kembali digeruni lawan.

Dengan barisan pemain tempatan berkualiti serta tambahan khidmat tenaga import yang akan memperkuatkan pasukan itu, tidak mustahil Terengganu mampu mencipta kejutan musim baru ini.

Antara pencapaian terbaik pengendali berusia 48 tahun itu bersama Terengganu ialah menjadi naib juara Piala FA dan Liga Super edisi 2022.

"Nafuzi seperti sirih pulang ke gagang kerana dia sudah sinonim dengan rakyat Terengganu itu sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Dia membawa dan membentuk permulaan hala tuju Terengganu sehingga di mana kedudukan Terengganu sekarang.

"Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sebelum ini memberikannya pengalaman berharga untuk dibawa pulang ke Terengganu.

"Saya mengharapkan Terengganu akan dapat memberikan saingan yang lebih baik musim baru nanti.

"Sudah pasti jangkaan buat Nafuzi dan Terengganu akan lebih tinggi, mungkin untuk ke peringkat Asia, ASEAN atau kedudukan terbaik dalam liga tetapi faktor kepulangan jurulatih ini akan menentukan nasib Terengganu."

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video