Skip to main content

Sukan

Nadi Arena pertama untuk 2026!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nadi

31 Disember 2025 dan 1 Januari 2026, Nadi Arena beri laluan untuk siaran khas Best of 2025 dan Ayuh 2026.

Jadinya, Nadi Arena yang pertama disiarkan untuk tahun 2026 adalah pada 2 Januari dan tugasan ini diserahkan kepada saya dan Lily Hamzah. Kami berbesar hati menjadi wajah yang membarisi Nadi Arena sulung tahun baru ini, bersertakan pelbagai laporan menarik.

Advertisement

Awal tahun dah macam-macam cerita, itulah sukan Malaysia.

Daripada undian Piala Malaysia 2026, ke persiapan Para ASEAN, kisah di sebalik tabir badminton Terbuka Malaysia, juga perjuangan SRG.OG serta CG Esports ke M7 antara paparan menarik pada edisi itu.

Bayangkan, siaran langsung edisi pertama itu sahaja sudah meliputi pelbagai isu dan ceritera sukan negara -- bayangkan apa yang menanti kita sepanjang tahun ini!

Apakqh nasib FAM di CAS? Mampukah Malaysia cemerlang dalam Sukan Komanwel? Bagaimana pula persiapan Sukan Asia?

Siapa bakal menjuarai Piala Malaysia nanti?

Macam-macam bakal berlaku tahun ini, dan Nadi Arena akan terus setia sampaikan perkembangan khas buat anda!

Selamat Tahun Baru!

Topik Berkaitan

Must Watch Video