Skip to main content

Berita Sukan Am

MyIPO lindungi cap dagangan, reka bentuk komponen sukan daripada plagiarisme

LIND

'Dari idea ke podium'

Bersempena Hari Harta Intelek Negara 2026, masyarakat didedahkan dengan pelbagai bentuk perlindungan hak pencipta, pengeluar ke atas sesuatu produk.

Advertisement

Antara komponen utama Harta Intelek Negara dan Inovasi melibatkan aspek cap dagangan dan reka bentuk perindustrian.

Cap dagangan merupakan topik tumpuan pengguna memandangkan ianya sebahagian daripada bentuk perlindungan.

Cap dagangan dalam bidang sukan melindungi nama, logo atau simbol unik yang dikaitkan dengan produk, jenama atau pasukan bagi memastikan identiti yang berbeza di pasaran.

 

 

 

"Cap perdagangan merupakan tanda nama yang digunakan untuk produk atau perkhidmatan, contohnya kasut mereka mempunyai jenama tersendiri dan itu dipanggil cap dangangan." kata Pegawai Harta Intelek (Cap Dagangan), Abdul Gafur Abdul Rahmat Julianto.

Selain itu, komponen lain dalam sukan dan inovasi tertumpu kepada reka bentuk perindustrian. Malah, komponen ini merupakan ciri visual dan reka bentuk inovatif peralatan, pakaian atau fasiliti sukan.

Reka bentuk perindustrian memelihara hak pencipta bagi sebarang elemen ciplak atau plagiat rekaan yang mirip dengan ciptaan asal yang telah didaftarkan.

"Peranan saya sebagai pemeriksa reka bentuk, penting adalah bagi perlindungan bentuk barangan itu sendiri.

"Contohnya kasut, raket dan bola. Contoh basikal Datuk Datuk Azizulhasni Awang, jadi basikal itu sendiri ada perlindungan reka bentuk di MyIPO." tambah Pegawai Harta Intelek (reka bentuk perindustrian), Norsaari Nordin.

Must Watch Video