Jurutera perisian Institut Sukan Negara (ISN), Muhammad Haziq Ahmad Fauzi, membangunkan sebuah peranti latihan yang memfokuskan keseimbangan, kawalan postur dan kestabilan badan secara interaktif iaitu Interactive Balancing Board (IBB).
Peranti ini turut dilengkapi sistem maklum balas masa nyata bagi membolehkan atlet menilai prestasi mereka dengan lebih tepat sepanjang sesi latihan.
Advertisement
Teknologi ini bukan sahaja membantu meningkatkan prestasi atlet, malah berperanan mengurangkan risiko kecederaan melalui pemantauan data yang lebih sistematik.
"IBB ini membolehkan kami menilai seseorang itu yang menjurus kepada pemulihan," katanya.
Dengan potensi untuk didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), inovasi ini mampu menjadi aset bernilai tinggi, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pembangunan teknologi sukan.
"Dengan adanya MyIPO, ia dapat menghidari seseorang itu daripada menjana keuntungan hasil daripada usaha orang lain.
"(Sepatutnya mereka) kena bayar (untuk perkhidmatannya agar) haknya terpelihara," katanya.