Skip to main content

Berita Sukan Am

MyIPO: Hari Harta Intelek Negara sokong ekosistem industri sukan negara seiring peredaran zaman

intelek

Inisiatif MyIPO menerusi Hari Harta Intelek Negara adalah bagi mendedahkan kepada masyarakat, idea dan kreativiti adalah aset bernilai yang perlu dilindungi.

Di samping itu, penekanan terhadap peranan harta intelek dalam menyokong ekosistem industri sukan seiring dengan peredaran zaman.

Advertisement

Harta intelek tempatan dan sukan meliputi aspek paten, cap dagangan, hak cipta serta reka bentuk perindustrian.

Atas dasar itu, masyarakat diseru hadir memeriahkan sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 sehingga 30 April bagi menyokong dan memperkasa budaya inovasi — selain mendalami kepentingan harta intelek kepada rakyat.

 

 

 

"Kami sedang melindungi inovasi dan juga idea-idea daripada penggiat perniagaan dan juga tema sukan itu melindungi idea dari atlet dan juga jurulatih.

"Slogan tahun ini adalah 'Dari idea ke podium' bertemakan sukan adalah disebakan sumbangan perniagaan kepada sukan sahaja di dalam negara berjumlah RM40 billion ringgit dan tema ini juga disambut diseluruh negara dan peringkat antarabangsa" kata Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Riduan Rubin kepada Nadi Arena.

Jangan lupa singgah ke sambutan Hari Harta Intelek Negara di Menara MyIPO bermula hari ini hingga 30 April, datang beramai-ramai ke Petaling Jaya Sentral kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk cabutan bertuah dan anda juga berpeluang jumpa hos kesayangan Astro Arena anda.

Must Watch Video