Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, hari ini membuat laporan polis berkaitan isu salah laku tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Ia, selepas saranan daripada Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) berkenaan isu pemalsuan dokumen melibatkan penggantungan dan denda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Advertisement
Laporan tersebut dibuat sekitar jam 2.00 petang di Ibu Pejabat Balai Polis daerah Petaling Jaya.
Yusoff Mahadi kemudiannya dilihat meninggalkan balai polis tersebut pada jam 2.40 petang.
"Saya telah selesai membuat laporan polis seperti yang disyorkan oleh IIC termasuk kelulusan exco.
"Ia semestinya berhubung isu pemalsuan dokumen ini. Kami melunaskan tanggungjawab menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis," katanya di Nadi Arena.
🚨Isu pemain warisan
FAM sah buat laporan polis berhubung dakwaan pemalsuan dokumen.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, tiba di IPD Petaling Jaya sebentar tadi. ⚖️⚽@ASTROARENA pic.twitter.com/BTg5ESyOzt— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) December 24, 2025
Dalam masa sama, dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak cepat melatah susulan timbul dakwaan sensasi bahawa FAM akan digantung oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), termasuk pemotongan mata dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam dan Nepal sebelum ini..
beliau menegaskan keputusan akhir afc masih bergantung kepada keputusan mahkamah timbang tara sukan, cas.
"Apa-apa pun itu jangkaan orang ramai.
"Dalam proses ini termasuk AFC juga perlu menunggu keputusan penuh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
"Oleh kerana FIFA menjatuhkan hukuman terhadap penarikan mata ranking dan kemenangan dalam aksi persahabatan, mungkin ramai orang menganggap perkara sama akan berlaku," tambahnya.