Skip to main content

Badminton

Mungkin akan bantu beregu wanita -- Kepulangan Zakry Latif ke BAM berada di fasa akhir rundingan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zakry

Pemenang pingat gangsa beregu lelaki Kejohanan Dunia 2009, Zakry Latif, mengesahkan menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menggalas tugas sebagai penolong jurulatih beregu wanita baru-baru ini.

Pelantikan itu adalah bagi membantu Rosman Razak dalam usaha memperkukuh dan mengembangkan potensi sektor beregu wanita negara, namun kini perkara itu berada dalam fasa akhir bagi menandatangani kontrak.

Advertisement

Zakry turut menjelaskan kepadatan jadual serta pelbagai kejohanan bertaraf tinggi yang dijangka berlangsung pada tahun 2026 menjadi salah satu faktor utama pemilihannya.

Untuk rekod, kali terakhir Zakry bersama badan induk badminton negara itu adalah pada tahun 2012 sebagai pemain selepas kejohanan dunia.

Selepas itu, Zakry menubuhkan 'Akademi Badminton Zakry' pada 2014, serta menjadi jurulatih bagi pemilihan bakat bawah naungan 'Malaysian University' sejak 2017.

 

 



Pengalaman luas, peraih dua pingat gangsa Piala Thomas itu dianggap sebagai nilai tambah besar dalam usaha memperkukuhkan barisan kejurulatihan serta memacu prestasi beregu wanita negara

 

"Saya ada mendapat tawaran dan ketika itu yang bertanya adalah Rexy, saya telah berjumpa dengan beberapa orang daripada BAM, jadi lihat kepada keputusan mereka dan berkemungkinan membantu jurulatih Rosman dalam beregu wanita. Jika diterima, mungkin akan membantu jurulatih rencana pelan latihan.

"Saya mahu cuba meraih pengalaman baru, ini kali pertama masuk BAM sebagai jurulatih kerana sebelum ini sebagai pemain, saya harap semuanya berjalan lancar." katanya.

Must Watch Video