Skip to main content

Muay Thai

Muaythai: Ammarul mahu tukar kelibat gangsa jadi emas

Ammarul

Selepas meraih pingat gangsa menerusi penampilan pertamanya dalam Sukan SEA Thailand tahun lalu, jaguh muaythai negara, Ammarul Shafiq Ubaidillah, meletakkannya sebagai penanda aras terhadap kebolehannya.

Dengan sasaran utamanya kini adalah untuk membanggakan negara dalam Sukan SEA Malaysia tahun depan, Ammarul terlebih dahulu mahu mengejar gelaran juara dunia dalam Kejohanan Muay Thai Dunia di Malaysia pada September depan.

Advertisement

"Alhamdulillah, setiap kejohanan yang saya sertai sepanjang 2025, saya dapat mengukur setinggi mana kemampuan saya di pentas antarabangsa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Apabila sudah tahu tahap saya di mana, saya akan terus melonjak ke depan untuk lebih maju dan seterusnya membawa kejayaan buat Malaysia, Insya-Allah."

 

Must Watch Video