Skip to main content

Permotoran

MTCC: Kombinasi pemandu julang Honda Malaysia Racing Team

dddd

Pemandu Honda Malaysia Racing Team, Aaron Lim, semakin hampir menamatkan musim sebagai juara keseluruhan kelas MT1600 selepas muncul pemenang pusingan 3 perlumbaan 300km, Malaysia Touring Car Championship (MTCC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Bergandingan bersama Avila Bahar, Aaron mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan pertama untuk menghadiahkan kemenangan bergaya buat pasukan.

"Avila sebagai pemandu pertama berhasil menjarakkan diri dengan pencabar lain di peringkat awal perlumbaan. Kedudukan ituy membantu kami memandangkan kami dikenakan penalti menerusi perlumbaan yang lalu.

"Dan sebaik tiba giliran menyambung perlumbaan, ia memudahkan saya.

"Kenderaan kami boleh diharapkan. Kami tidak begitu menekan di penghujung perlumbaan dan sekadar memastikan ia dapat dihabiskan," kata Aaron.

Tempat kedua turut menjadi milik pasukan yang sama, menerusi gandingan Lai Wee Sing-Mohamed Farriz, sekali gus melengkapkan dominasi mereka.

Sementara itu, Faidzil Alang-Hendra Ade Putra daripada Papaya Pay Racing melengkapkan kedudukan podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Menuju perlumbaan terakhir, Aaron kini memegang kelebihan besar dalam perebutan gelaran keseluruhan MT1600 dan berpeluang menutup tirai musim 2026 dengan menjulang kejuaraan jika mampu mengekalkan momentum cemerlangnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video