Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sasar juara keseluruhan merentas desa

MSSM

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menganjurkan Majlis Penyerahan Bendera kontinjen merentas desa WPKL tahun 2026 sebagai simbolik pelepasan rasmi kontinjen ke Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Datuk Wira Haji Ismail, yang turut menyampaikan amanat kepada para atlet dan pegawai kontinjen.

Advertisement

"Saya mengucapkan terima kasih kepada warga guru yang sentiasa memberi dokongan.

"Penglibatan ibu bapa juga sering melontarkan sokongan.

"Tidak ketinggalan kepada penaja yang hebat sentiasa membantu kami.

"Saya yakin lebih ramai akan memberi sumbangan jika berjaya menjadi juara keseluruhan," katanya.

Megat mensasarkan Wilayah Persekutuan muncul sebagai juara keseluruhan edisi 2026, selepas berjaya meraih tempat kedua pada edisi 2025.

Seramai 30 atlet dipilih mewakili kontinjen KL , melibatkan penyertaan daripada empat zon Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), iaitu Bangsar (8 atlet) , Pudu (6 atlet), Keramat (9 atlet) dan Sentul (7 atlet)

"Persediaan saya sudah tentu berlatih bersungguh-sungguh.

"Saya mahu berada di kedudukan kelima terbaik dan mencatatkan masa terbaik," katanya.

Sementara itu, Coneli turut berbesar hati untuk menjadi penaja mereka sambil menyifatkan tajaan itu akan disambung untuk beberapa tahun lagi demi memastikan pembangunan sukan negara pada tahap terbaik.

"Syarikat kami menaja kelengkapan kontinjen.

"10 pasukan daripada kontinjen MSSM yang lain juga diberikan sokongan," katanya.

Must Watch Video