Skip to main content

Olahraga

MSSM semakin jadi lubuk bakat, Poad nampak potensi besar atlet wanita

MSSM semakin jadi lubuk bakat, Poad nampak potensi besar atlet wanita
Advertisement

Bekas jurulatih pecut kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim, melihat saingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) semakin memberi impak positif dalam usaha mengesan bakat berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

Lebih menarik, Poad melihat potensi dalam kalangan atlet wanita tahun ini semakin menyerlah, sekali gus memberi petanda positif terhadap masa depan olahraga negara.

Advertisement

Menurutnya, bakat yang dikenal pasti di peringkat sekolah perlu diberikan laluan pembangunan yang baik agar mampu meneruskan kesinambungan selepas tamat persekolahan dan seterusnya menjadi aset kepada skuad kebangsaan.

“Daripada segi pandangan saya kepada MSSM tahun ini, atlet wanita cukup menyerlah dan ia menjadi petanda baik buat sukan olahraga negara.

Advertisement

“Saya nampak potensi besar daripada kalangan atlet wanita untuk dibawa sebagai harapan menuju ke skuad kebangsaan selepas tamat tempoh persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Poad turut memberi perhatian terhadap prestasi Sabah yang muncul juara keseluruhan kejohanan.

Dia menyifatkan kejayaan kontinjen berkenaan bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Sabah mempunyai asas pembangunan olahraga yang kukuh di peringkat akar umbi.

“Pasukan Sabah sentiasa melahirkan atlet olahraga. Mereka memiliki kualiti daripada peringkat akar umbi.

“Antara faktor utama kejayaan mereka adalah penstrukturan yang baik daripada kelab-kelab olahraga, selain mereka memiliki bakat yang luar biasa,” katanya.

Menurut Poad, struktur pembangunan yang tersusun mampu memainkan peranan penting dalam memastikan bakat muda tidak terhenti setakat kejohanan sekolah, sebaliknya terus dipantau dan dibentuk sehingga ke peringkat prestasi tinggi.

Poad turut berharap pencapaian di MSSM dapat menjadi titik permulaan kepada lebih banyak bakat muda untuk diketengahkan, khususnya dalam kalangan atlet wanita yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan pada edisi kali ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement