Sukan sememangnya menyatupadukan semua kaum kerana tatkala acara gimnastik berirama sinonim dengan majoriti atlet berbangsa Cina, atlet cilik ini membuktikan sebaliknya.
Sebagai satu-satunya gimrama berbangsa India dalam pasukan Majlis Sekolah Sukan (MSS) Johor, Eshna Shankar, tidak kekok untuk berlatih bersama, malahan dia juga kini fasih berbahasa Mandarin.
Malah, atlet berusia 12 tahun itu juga berkongsikan makanan kegemarannya selain menghargai keunikan setiap masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Saya tidak boleh hidup tanpa kari dan banana leaf, banana leaf menjadi makanan kegemaran saya. Ia masakan tradisional India yang mempunyai hidangan sampingan dan bernutrisi.
"Sangat menarik belajar budaya baru, mereka dapat belajar keunikan mereka, begitu juga saya. Sasaran saya agar dapat mewakili negara suatu hari nanti dan melakar pingat emas." katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.