24 jam sebelum bermula saingan gimnastik berirama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026, tumpuan terarah kepada kontinjen Selangor apabila terdapat beberapa gimnas mereka baru sahaja menjadi juara dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 baru-baru ini.
Salah seorang dari gimnas yang merupakan barisan juara Sukma, Veron Gan Yixin, berkongsi mengenai pengorbanan besar yang perlu dilakukan tahun ini dengan banyak kejohanan besar perlu dihadapi.
Namun, bagi atlet berusia 15 tahun itu ia adalah proses perjalanan untuk menjadi atlet yang lebih baik.
"Bagi saya, tidak kira apa kilauan warna pingat.
"Paling penting adalah saya menikmati proses dan jangan takut.
"Betapa saya bersyukur dengan kehidupan yang saya jalani dan sokongan daripada semua orang.
"Jangan fikirkan terlalu banyak apa yang dikatakan orang lain," katanya di Nadi Weekend hari ini.