Skip to main content

Badminton

MSSM Badminton: Ayah saya beri raket waktu kecil, saya mahu jadi pemain Malaysia -- Wisyah Zahrah

aas

Badminton sudah sebati dalam kehidupan atlet cilik, Wisyah Zahrah Zuyyin Nurfadli, apabila dibesarkan oleh keluarga yang aktif dalam sukan itu, lebih-lebih lagi ibu bapanya juga pernah mewakili Sabah suatu ketika dahulu.

Dibekalkan raket seawal usia lapan tahun, latihan intensif terus menjadi rutin harian bagi meningkatkan prestasi permainan sekali gus memastikan cita-citanya mahu mewakili negara mampu dicapai kelak.

Kehebatan perseorangan wanita nombor satu dunia, An Se Young, turut menjadi inspirasi buat Wisyah yang mengagumi keupayaan bintang Korea Selatan itu menguasai setiap sudut gelanggang selain memiliki pertahanan ampuh yang sukar ditembusi.

Meskipun baru berusia 12 tahun, Wisyah sudah menampilkan teknik permainan yang memberangsangkan sekali gus menjadikannya antara prospek cerah yang boleh digilap untuk masa depan badminton negara.

"Mula-mula ayah suruh main badminton di rumah saja kemudian sertai kelab, ibu dan ayah bekas atlet negeri, ayah saya beri raket An Se Young, teknik dia banyak dan sangat bagus. Saya mahu jadi pemain dunia dan Malaysia", kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video