Skip to main content

Bola Sepak

MSSM 2026: IPU Minden cecah 160, venue acara bola sepak dipindahkan

MSSM 2026: IPU Minden cecah 160, venue acara bola sepak dipindahkan

Peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan Minden menyaksikan beberapa venue pertandingan Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 terpaksa dipindahkan demi memastikan keselamatan semua pemain dan pegawai kejohanan.

Menurut notis rasmi yang dikeluarkan Urus Setia Teknikal Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 kendalian Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP), bacaan IPU di Minden pada jam 8.30 pagi hari ini mencecah 160, yang dikategorikan sebagai tidak sihat.

Sebagai perbandingan, bacaan IPU di kawasan Balik Pulau pada waktu sama direkodkan pada 78.

Susulan keadaan itu, venue pertandingan bagi kategori 12 tahun ke bawah (B12), 15 tahun ke bawah (B15) dan 18 tahun ke bawah (B18) dipindahkan ke beberapa lokasi baharu di sekitar Balik Pulau.

Antara venue baharu yang disenaraikan ialah SK Mutiara Perdana, SK Sungai Ara, SK Permatang Damar Laut, Politeknik Balik Pulau, SMK Pondok Upeh, Padang Awam Kongsi dan Maahad Al Mashoor Al Islami.

Bagaimanapun, urus setia memaklumkan bahawa kategori 15 TKB tidak mempunyai sebarang perlawanan pada hari ini, Sabtu, 29 Ogos 2026.

Perlawanan yang terlibat dijadualkan berlangsung dalam dua sesi, iaitu pada jam 3 petang dan 5 petang, tertakluk kepada jadual pertandingan yang telah diedarkan melalui aplikasi JSPORTS kejohanan.

Urus setia turut menegaskan bahawa sebarang perubahan berkaitan lokasi, tarikh atau masa pertandingan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Langkah berkenaan diambil sebagai usaha mengutamakan keselamatan pemain, jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terlibat, selain memastikan kelancaran Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026 terus terpelihara.

“Keselamatan diutamakan, kelancaran kejohanan dikekalkan,” menurut notis rasmi berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement