Skip to main content

Olimpik

MSN ‘YES’ kepada Azizulhasni, peminat sukan negara lega – “Kini fokus sepenuhnya ke LA28”

MSN ‘YES’ kepada Azizulhasni, peminat sukan negara lega – “Kini fokus sepenuhnya ke LA28”

Keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meneruskan sokongan penuh terhadap Datuk Azizulhasni Awang dalam usaha memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) disambut positif peminat sukan negara.

Perkembangan itu dilihat sebagai berita melegakan buat penyokong jaguh berbasikal trek negara berkenaan, apatah lagi selepas timbul persoalan mengenai perancangan serta sokongan terhadap kempen Olimpik beliau.

Bagi peminat, yang paling penting ketika ini adalah memastikan segala keperluan Azizulhasni untuk menghadapi kempen kelayakan LA28 dapat disediakan sebaik mungkin supaya beliau boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan dan pertandingan.

“Kalau dah yes, sediakan segala keperluan untuk ke LA28. Masa dah kian suntuk. Bukan setakat yes saja.

“Jangan bebankan atlet untuk fikir hal-hal lain. Biar beliau fokus 100 peratus untuk training dan tournament. Apapun, syabas, isu diselesaikan dengan baik,” kata peminat sukan, Athar Ali.

Pandangan tersebut turut mencerminkan harapan ramai peminat yang mahu episod berkaitan perancangan masa depan Azizulhasni diselesaikan secara positif dan tidak mengganggu persiapan atlet itu.

Dalam kenyataan media terbaharu, MSN menegaskan pihaknya sentiasa teguh dengan sokongan kepada Azizulhasni, termasuk segala perancangan yang dibuat ke arah LA28.

MSN turut menjelaskan bahawa beberapa pertemuan sudah diadakan bersama Azizulhasni, termasuk perbincangan pada 13 Ogos lalu yang menyentuh secara khusus mengenai keperluan persiapan beliau menuju Olimpik 2028.

Antara perkara yang dipersetujui ialah sokongan tambahan dari aspek sains sukan dan perubatan, penggunaan fasiliti MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), selain cadangan program latihan secara hibrid di Kuala Lumpur dan Melbourne, Australia.

MSN juga bersetuju meneruskan pemberian geran kepada Azizulhasni serta menanggung penyertaan beliau ke kejohanan utama seperti Kejohanan Berbasikal Asia dan Kejohanan Berbasikal Dunia secara berpasukan.

Perkembangan itu tentunya memberikan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju Azizulhasni selepas ini.

Bagi seorang atlet yang sudah mencipta sejarah sebagai antara pelumba trek terbaik Malaysia, tumpuan kini wajar diberikan sepenuhnya kepada persiapan di velodrom, bukannya perkara di luar gelanggang.

Dengan tempoh menuju LA28 yang semakin singkat, sokongan berterusan daripada MSN, Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM), ISN serta semua pihak berkaitan amat penting bagi memastikan Azizulhasni dapat menjalani persiapan terbaik.

Lebih-lebih lagi, misi ke LA28 bukan sekadar mengenai seorang atlet, tetapi turut membawa harapan peminat sukan Malaysia yang mahu melihat The Pocket Rocketman sekali lagi berjuang di pentas Olimpik.

Selepas segala persoalan mula menemui titik penyelesaian, peminat kini boleh menarik nafas lega.

Azizulhasni pula hanya perlu melakukan apa yang paling dia tahu dan cintai – berlatih, berlumba dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement