Skip to main content

Sukan Lain

MSN tegaskan sepatutnya tidak timbul isu gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MSN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, mengesahkan bakal ada kemasukan jurulatih baharu yang akan menggantikan Ashraf Haiqal selaku jurulatih pasukan ping pong para negara.

Laporan Stadium Astro menerusi Nadi Arena terdahulu menyatakan bahawa kadar gaji difahamkan menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan Ashraf untuk tidak menyambung kontraknya.

Advertisement

Jefri menjelaskan sewajarnya tidak sepatutnya timbul isu gaji melibatkan Ashraf kerana semua jurulatih tertakluk kepada skim kejurulatihan kebangsaan yang telah diluluskan oleh MSN, di mana jurulatih yang dipinjamkan daripada agensi kerajaan atau badan-badan korporat akan mendapat elaun khusus bersandarkan pada kelayakan dan pengalaman mereka.

"Berkaitan isu ini, saya ingin menegaskan bahawa semua jurulatih tertakluk kepada skim seperti yang dinyatakan.

"Bermula dengan elaun pinjaman sebanyak RM700 ke atas.

"Mereka juga menerima gaji di tempat asal. Jadi, elaun tersebut hanya tambahan.

"Sepatutnya tidak timbul isu tiada pendapatan.

"Bagi isu ini, dia diberikan pilihan. Sama ada dia kekal bersama agensinya dan dipinjamkan ke MSN ataupun tidak.

"Dalam masa sama, seorang jurulatih telah dilantik di bawah program pelapis dan diberi tanggungjawab untuk melatih atlet podium buat sementara waktu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Must Watch Video