Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menghormati dan menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh Dato’ Azizulhasni Awang berkaitan hala tuju kerjaya dan perjalanan beliau dalam sukan berbasikal.
Sekiranya Dato’ Azizulhasni berhasrat untuk meneruskan misi sehingga ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, MSN sentiasa terbuka untuk berbincang dan meneliti cadangan serta perancangan yang dikemukakan oleh beliau.
Bagi MSN, pengalaman, komitmen dan rekod pencapaian Dato’ Azizulhasni merupakan satu aset penting kepada negara. Apa jua keputusan berkaitan program persediaan beliau akan dibincangkan secara profesional dengan mengambil kira prestasi semasa, sasaran prestasi serta keperluan persediaan terbaik ke arah Los Angeles 2028.
MSN sentiasa bersedia memberikan sokongan yang sewajarnya sekiranya beliau memilih untuk meneruskan perjuangan, dengan matlamat yang sama iaitu memberikan peluang terbaik kepada atlet negara untuk mencapai kejayaan di pentas Olimpik nanti.
"MSN sentiasa menyokong perjuangan atlet negara terutama Azizul untuk mengharumkan nama Malaysia. Kami akan memantau persiapan Azizul untuk buru kejayaan lebih besar pada Sukan Asia di Jepun, bulan," kata Ketua Pengarah MSN, Jefry Ngadirin.