Skip to main content

Angkat Berat

MSN pantau rapi atlet angkat berat terlibat dalam kemalangan jalan raya

MSN pantau rapi atlet angkat berat terlibat dalam kemalangan jalan raya
Advertisement

Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya SUKE, malam Isnin.

Insiden kira-kira jam 11 malam, 16 November itu menyaksikan atlet Program Podium berkenaan dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal sehingga mengalami kecederaan fizikal serius membabitkan bahagian kaki, bahu dan kepala.

Advertisement

Lebih membimbangkan, pemeriksaan awal turut mengesan komplikasi hematoma atau pengumpulan darah di bahagian bahu kanan.

Menurut kenyataan MSN, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8 pagi, Selasa sebelum Pengurus Sukan MSN segera hadir ke HKL bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan atlet berkenaan.

Advertisement

MSN turut memberi jaminan bahawa segala aspek kebajikan Hafizuddin akan diberikan perhatian sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, termasuk menyediakan sokongan serta perkhidmatan yang diperlukan bagi memastikan beliau mendapat penjagaan terbaik.

Perkembangan itu pastinya mengundang kebimbangan warga sukan negara, lebih-lebih lagi Hafizuddin merupakan antara atlet angkat berat yang mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa.

Beliau sebelum ini mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan jumlah angkatan keseluruhan 345 kilogram.

Lebih manis, Hafizuddin turut mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kilogram, selain melakar rekod baharu temasya Sukan Komanwel bagi kategori berkenaan. Beliau turut melakukan angkatan 183 kilogram dalam acara clean and jerk.

Kini, keutamaan pastinya terarah kepada proses rawatan dan pemulihan atlet berusia itu, dengan seluruh warga sukan negara mengharapkan perkembangan positif serta kesembuhan buat beliau.

MSN turut mendoakan agar Hafizuddin diberikan kekuatan dan ketabahan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan untuk kembali pulih seperti sediakala.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video