Skip to main content

Sukan Lain

MSDeaf anjur ASPN 2025, umum insentif RM5000 buat pemenang pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msdeaf

Selepas menutup musim 2025 dengan jayanya, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia mengumumkan bakal menganjurkan Anugerah Sukan Pekak Negara (ASPN) edisi kedua.

Tujuh anugerah utama akan disampaikan kepada atlet yang berjaya melakar kecemerlangan di Sea Deaf Indonesia 2025 serta dalam temasya Deaflympics Tokyo 2025.

Advertisement

Presiden MS Deaf, Dr Ong Shin Ruenn, beranggapan perkara itu wajar dalam menghargai barisan atlet pekak yang telah berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara.

 

 

 

Ia ditambah dengan Anugerah Khas yang bakal diberikan kepada Datuk Bandar Miyoshi Town, Isao Hayashi, atas sumbangan menaja latihan pusat selama dua minggu di bandar mereka tahun lalu.

"Ini adalah kali kedua kami menganjurkan anugerah ni, tujuan Utama adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan atlet pekak yang bekerja keras dalam mengharumkan nama negara.

"Kami MSDeaf akan beri insentif RM5000 untuk emas, perak pula RM3000 dan pingat ganga berjumlah RM2000." katanya.

Topik Berkaitan

Must Watch Video