Skip to main content

Permotoran

MSBK: Keajaiban tidak berlaku begitu sahaja, empat tahun Santhiran tunggu peluang

ll

 

Penantian hampir empat tahun untuk berlumba dalam Kejuaraan MAM Superbike Malaysia (MSBK) ternyata berbaloi buat pelumba baru, N. Santhiran.

Penampilan pertama tahun ini menyaksikan dia terus mendominasi dengan kejayaan berturut-turut apabila meraih petak pertama dalam kedua-dua pusingan perlumbaan kategori 1000cc B terdahulu.

Menjelang pusingan ketiga, Santhiran yang menunggang jentera BMW S1000 RR mengakui berdepan sedikit tekanan mengekalkan momentum terbaik, namun dia yakin berbekalkan persiapan yang berada di tahap optimum.

"Saya sudah bersedia daripada mental dan fizikal dalam tempoh empat tahun lalu.

"Apabila dapat menyertai perlumbaan ini, saya ingin buat yang terbaik dan tak mahu mensia-siakan peluang ini.

"Saya berasakan sedikit tekanan dengan keputusan kelayakan lalu dan mengharapkan satu perlumbaan yang baik buat semua penunggang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Data dan catatan masa dalam dua pusingan sebelum ini menjadi rujukan pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin, menilai semula pelarasan jenteranya menjelang pusingan ketiga MSBK 2026 yang bermula esok.

Hasil perbincangan menyaksikannya dan pasukan memilih untuk kembali menggunakan pelarasan pusingan pertama yang di tambah baik termasuk pelarasan sistem suspensi selepas ia terbukti menghasilkan catatan pusingan yang lebih baik.

Yakin dengan penambahbaikan itu, Kasma menyasar untuk memburu podium hujung minggu ini dan kejuaraan dalam perlumbaan     1dan dua sememangnya membantu pelumba kategori 1000cc itu mengukuhkan kedudukan di puncak carta keseluruhan 1000cc A MSBK.

"Kami melakukan perubahan besar dengan berpatah balik menggunakan pelarasan ketika pusingan pertama.

"Kalau ada perubahan yang baik, kami akan kekalkannya," katanya pula.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video