"Saya yakin kami akan juara sekali lagi."
Itu laungan midlaner Selangor Red Giants (SRG), Hazziq Danish Mohamad Rizwan menjelang musim baru Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.
Advertisement
Menjelang musim ini yang membabitkan format dan senarai pasukan dalam liga, Hazziq Danish menetapkan misi baru buat dirinya bagi membuktikan bahawa dia masih lagi midlaner terbaik di negara ini.
"Tahun ini pasti lebih sengit dan barisan pemainnya juga berubah.
"Saya harap pasukan lain mampu berikan kami saingan.
"Saya nak buktikan mereka salah. Saya yakin dengan barisan pemain sekarang dan berharap raih kejuaraan," kata Hazziq Danish.
Sementara itu, jungler SRG, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman, teruja dengan kedatangan jungler baru dalam pasukannya iaitu Muhammad Danish Fitri.
Ia sedikit sebanyak mewujudkan persaingan sihat di antara dua jungler terbaik negara itu, sekali gus akan saling melonjakkan kemampuan masing-masing.
"Dia membakar semangat saya bertambah baik selain bertambah kompetitif dengan peranan jungler," katanya.