Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S17: Selangor Red Giants 'unbeaten' selama 542 hari!

srg

Ini kisah Selangor Red Giant (SRG) Esports yang ramai tidak tahu, Sang juara, SRG yang juga merupakan juara bertahan selama empat musim berturut-turut mencipta lagi satu sejarah tersendiri apabila mencatatkan rekod 542 hari tanpa kalah dalam saingan Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) musim ke-17.

Kekalahan terakhir SRG adalah pada musim ke-14 dalam pusingan 'kalah mati' selepas tewas kepada Todak pada 1 November 2024, dan juga pasukan itu terpaksa beraksi dalam pusingan Lower Bracket sebelum muncul juara menewaskan Team Vamos 4-2 dalam pentas Grand Final.

Advertisement

 

 

 

Namun, SRG cepat mengatasi kelemahan dan segera bangkit untuk mengekalkan status 'Sang Raja' di kancah MPL Malaysia.

Persoalan kini adalah mampukah SRG terus kekal sebagai peneraju MPLMY dan cipta sejarah baru muncul pasukan pertama menjuarai MPL Malaysia buat lima musim berturut-turut?

Must Watch Video