Skuad futsal Selangor melakar kemenangan besar selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-3 selepas Sirkit 8 di Stadium MBPG, Pasir Gudang, malam tadi.
Kemenangan itu memperkukuhkan kedudukan di puncak saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dengan 42 mata, manakala pencabar terdekat, JDT berada di kedudukan kedua berkongsi 31 mata dengan Pahang di kedudukan ketiga.
Jaringan skuad Gergasi Merah hadir menerusi Marlon Oliveira dengan dua gol, Borges Evandro, Khairul Effendy, Saiful Nizam dan Farhan Khairul dengan masing-masing meledak satu gol. Sementara itu, Bruno Taffy meledak dua gol buat JDT, satu lagi jaringan menerusi Azri Rahman.
Keputusan Lain:
ATM 2-3 KLC
PFA 3-9 Terengganu
USM 0-2 Pahang