Selepas Juara Dunia 2025, Marc Marquez, mengkritik tahap kualiti permukaan litar Estrella Galicia di Grand Prix Brazil hujung minggu lalu, kini rakan sepasukanya, Francesco Bagnaia, pula menyuarakan perkara yang sama.
Malah Pecco membidas sikap sambil lewa penganjur MotoGP yang tidak melakukan sebarang ujian terhadap litar tersebut sebelum memutuskanya untuk berada dalam kalendar perlumbaann musim ini.
Advertisement
Pecco menyifatkan tahap litar tersebut adalah sangat memalukan untuk sebuah penganjuran motosikal paling elit di dunia dengan tahap permukaanya yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya seperti litar-litar ternama yang lain.
Pelumba asal dari Itali itu melontar komen tersebut ketika berlangsungnya perbincangan mengenai apa yang telah berlaku minggu lalu di GP Brazil di Texas, Amerika Syarikat sebagai langkah berjaga-jaga agar insiden serupa tidak berlaku dalam pusingan seterusnya.
“Untuk masa depan, saya rasa kita benar-benar perlu melakukan ujian sebelum [berlumba di venue baharu],” kata pengendali dari Itali itu.
"Pelumba ujian perlu menguji terlebih dahulu, kerana tiba di trek baharu seperti di India [pada 2023] atau Goiania adalah sukar," jelasnya lagi.
"Di Indonesia dahulu kami telah melakukan ujian terlebih dahulu dan kami banyak mengetahui segalanya tentang litar itu kerana anda akan berhadapan banyak masalah ketika menunggang di sana.
"Ia adalah sesuatu yang bagus kerana akhirnya kami memahami tentang keperluan tayar, kami faham bahawa kami tidak akan mempunyainya (tayar) dengan cukup untuk berlumba di hujung minggu jadi kami harus menukarnya. Dengan mengadakan ujian kami akan lebih banyak tahu segalanya," kata Pecco dengan nada yang agak terkilan.
Menurut juara dunia dua kali itu lagi, sesi ujian litar yang baharu seharusnya boleh saja dilakukan oleh penunggang ujian tanpa perlu melibatkan pelumba sebenar pasukan.
Proses tersbeut jelas gagal dilaksanakan di Estrella Galicia, yang akhirnya mengundang banyak masalah kepada pelumba.
"Ya benar ia adalah litar yang sebenarnya belum lagi bersedia untuk kami tapi kami terpaksa melaluinya seperti perlumbaan yang biasanya berlangsung," kata Bagnaia.
Beberapa hari lalu Marc Marquez mendakwa bahawa permukaan litar Estrella Galicia tidak rata sehingga menyebabkan pelumba agak sukar melakukan henjutan terbaik yang sepatutnya.
Malah Marquez turut menyatakan bahawa faktor tersebut turut merosakkan peluang beliau untuk menamatkan perlumbaan utama di podium.