Keadaan krisis di Timur Tengah yang masih belum stabil ketika ini menyebabkan pusingan perlumbaan di GP Qatar terpaksa ditunda ke penghujung musim.
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan pusingan Grand Prix Qatar sepatutnya mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 24 April 2026.
Advertisement
Tarikh tersebut merupakan ketetapan yang telah dikunci dalam kalendar pusingan perlumbaan MotoGP setiap tahun bermula 2004 lagi, namun demi mementingkan faktor keselamatan ia terpaksa ditangguhkan.
Perlumbaan yang biasanya diadakan pada sebelah malam dalam pusingan perlumbaan tersebut kini dijadualkan semula iaitu pada 8 November 2026 di Litar Antarabangsa Losail.
Bagaimanapun faktor penjadualan semula dalam siri perlumbaan di litar tersebut bukanlah kali pertama di mana ia pernah berlaku pada 2023 dan 2024 disebabkan kerja-kerja menaiktaraf yang dilakukan.