Saingan hari ketiga "winter test" MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung hari ini menyaksikan tumpuan terarah kepada pasukan Yamaha yang masih menilai isu teknikal jentera V4 baru mereka.
Pelumba Honda, Joan Mir, muncul pelumba terpantas dalam sesi pagi, manakala Franco Morbidelli daripada pasukan VR46 menjadi satu-satunya pelumba lain yang melepasi catatan masa 1.57s (saat) semalam sebelum hujan pada sebelah petang menggagalkan usaha dia untuk mencatatkan masa lebih pantas.
Advertisement
Juara dunia, Marc Marquez, yang terpantas pada hari pertama memberi tumpuan kepada ujian aerodinamik dan menamatkan hari kedua di tempat ke-15.
Peminat yang hadir di litar keramat itu turut meluahkan rasa bangga apabila Sepang terus menjadi litar ujian utama selain berharap semua pelumba bersiap sedia memberikan persembahan terbaik musim ini.
"Teknik perlumbaan Marc Marques sangat baik, dia tidak menyerah. Walaupun jatuh dia tetap mahu bangkit, jika dia dapat menang kali kesembilan sangat baik.
"Minat datang sendiri, daripada situ saya ikuti sampai sudah berkahwin. Minat itu saya tanamkan kepada anak-anak pula.
"Ramai pelumba buat ujian di sini, ini sukan antarabangsa. Ia juga promosi Malaysia secara meluas." kata penyokong yang hadir.