Juara dunia tujuh kali, Marc Marquez, membuktikan kredibiliti selepas muncul juara Grand Prix (GP) Malaysia -kali terakhir menang pada 2018- dengan catatan masa 40:14.236s (saat) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Pelumba kelahiran Sepanyol yang mewakili pasukan Ducati Lenovo Team itu yang memulakan perlumbaan di barisan hadapan bersaing dengan abangnya, Alex Marquez pada awal perlumbaan sebelum berjaya merampas semula kedudukan pendahulu dan mendominasi perlumbaan hingga ke pusingan terakhir.
Kemenangan itu menyaksikan dua mengumpul 25 mata dan selangka untuk memburu kejuaraan kelapan dalam karier profesionalnya.

Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta, menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua diikuti Alex Marquez dari BK8 Gresini Racing MotoGP melengkapkan kedudukan podium.
Marquez kini mengungguli kedudukan pertama dengan 399 mata, -44 mata di hadapan Jorge Martin- diikuti pencabar terdekat dari pasukan Aprilia Racing, Jorge Martin (355 mata) dan Marco Bezzecchi (332).
Sekiranya Marquez berjaya melebarkan jurang kepada 74 mata pada GP Qatar minggu depan, dia berpotensi mengesahkan gelaran juara dunia buat kali kelapan, walaupun masih terdapat dua pusingan lagi sebelum musim berakhir.