Skip to main content

Permotoran

MotoGP Malaysia: Jentera Hakim Danish Ramli bertemakan patriotik

ooo
Advertisement

Elemen patriotik menerusi pemilihan warna dan corak baharu bakal ditampilkan istimewa di jentera Hakim Danish Ramli sempena perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menurut Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.

Elemen tersebut akan dihangatkan dengan tribun khas yang didekasikan sempena penampilan Hakim Danish dalam pemburuan kelompok enam terbaik menuju penghujung saingan musim ini.

Advertisement

Bagaimanapun, dia mengakui Hakim Danish perlu bertenang dan fokus kepada perlumbaan pusingan ke-18 dalam Grand Prix (GP) Australia pada 23 hingga 25 Oktober terlebih dahulu.

"Kami -- bersama AEON Credit -- belum memuktamadkan warna jenteranya.

Advertisement

"Sudah pastilah keutamaan diberikan kepada AEON Credit yang merupakan penaja utama kami dan mereka mempunyai warna korporat tersendiri.

"Saya harap design ini menarik dan nampak kelainan apabila berlumba di tempat sendiri," katanya.

Hakim Danish kini berada di tempat kesembilan dengan 107 mata dan mensasar podium di tempat keenam keseluruhan.

"Untuk capai kedudukan keenam, dia perlu lalui hari Jumaat dan Sabtu ini tanpa kemalangan dan penalti.

"Saya percaya dia mampu bersaing dalam kelompok lima di depan dalam setiap perlumbaan.

"Saya harap pada minggu ini dapat tenangkannya dan selesaikan beberapa perkara," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video