Selepas berkelana kurang daripada setahun untuk membangunkan jentera Honda, jurutera berpengalaman dari Jerman, Kurt Trieb akhirnya membuat keputusan untuk kembali kepada pasukan asalnya iaitu KTM.
Menurut laporan Speedweek, keputusan yang dibuat Trieb itu sekaligus akan menyaksikan beliau akan kembali menyambung semula tugasanya sebelum ini iaitu dari aspek pembangunan enjin jentera KTM sedia ada.
Advertisement
Trieb merupakan antara watak besar dan penting dalam dunia perlumbaan motosikal dunia di mana beliau telah menjalinkan kerjasama yang erat bersama pengeluar jentera MotoGP dari Austria itu sejak 2007 dan telah mengepalainya sejak itu.
Bagaimanapu selepas berlakunya penstrukturan semula dalam KTM, beliau mengambil keputusan untuk menerima tawaran untuk bersama pasukan Honda dan mengetuai pasukan itu untuk membangunkan enjin HRC sekitar pertengahan 2025.
Jurutera berusia 62 tahun akhirnya memilih untuk kembali bersama pasukan KTM yang dilihat akan memberikan kesan yang lebih baik ketika KTM kembali menyinar semula dalam saingan MotoGP ketika ini.
Pergerakan yang agak kurang biasa ini sebenarnya mengingatkan kembali peristiwa sekitar 80an apabila pasukan Honda ketika itu pernah menggunakan tenaga pakar daripada Cagiva untuk membangunkan jentera mereka.