Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Folger sah ambil alih tempat Vinales di Le Mans

Folger

Pasukan Red Bull KTM Tech3 mengambil keputusan untuk meletakkan Jonas Folger bagi menggantikan Maverick Vinales bagi menghadapi pusingan perlumbaan di Perancis hujung minggu nanti.

Ia, berikutan keadaan kecederaan Vinales yang masih lagi belum pulih selain perlu menjalani proses pembedahan mengeluarkan skru di bahagian bahunya di Eropah.

Advertisement

Sejak kemalangan di Sachsenring Julai tahun lalu, Vinales terpaksa melupakan beberapa pusingan perlumbaan akibat kecederaan tersebut termasuk di negara asalnya Sepanyol.

"Saya telah melalui proses rawatan dan latihan yang ketat sejak pembedahan tersebut agar segera pulih dan sangat berharap agar mampu bersaing di perlumbaan Le Mans.

"Bagaimanapun, nampaknya impian itu tidak akan kesampaian apabila disahkan masih lagi tidak cergas sepenuhnya untuk menunggang ketika ini," jelas Vinales.

Vinales mengakui bahawa dia berasa sangat kecewa kerana kecederaan yang dialami itu telah menjejaskan banyak peluangnya untuk mengumpul mata sebanyak mungkin dalam saingan MotoGP musim ini.

Must Watch Video