Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Dominasi Aprilia mula gugat kedudukan Marc Marquez

motogp

Selepas tiga pusingan yang selesai berlangsung, saingan MotoGP bagi musim 2026 kini mula memberikan bayangan baharu tentang naratif kejuaraaan yang nampaknya seakan mula dikuasai oleh Aprilia.

Ia sekaligus memberi petanda bahawa Marc Marquez daripada pasukan Ducati Lenovo bakal melalui saingan musim yang sukar untuk memastikan beliau mampu mengekalkan kejuaraan bagi musim ini.

Advertisement

Juara dunia 2025 itu nampaknya masih gagal mengekang asakan dan henjutan dua jentera Aprilia yang dikuasai oleh Marco Bezzecchi dan juga Jorge Martin.

Walaupun sebelum ini Marquez pernah memberikan alasan masalah keadaan litar di Brazil yang dikatakan teruk, namun ia masih kelihatan longgar memandangkan kejdua-dua penunggang Aprilia seakan tidak kisah untuk menguasai setiap perlumbaan walau apa keadaan sekalipun.

Mungkin tindakan 'long lap penalty' di GP Amerika Syarikat yang baru berakhir mungkin sedikit konkrit untuk digunakan namun carta kedudukan terkini pelumba menyaksikan Marquez kian jauh ditinggalkan oleh pendahulu ketika ini iaitu Bezzecchi.

Bezzecchi ketika ini menguasai carta kedudukan di tangga pertama dengan 81 mata manakala Marquez pula berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 45.

Apapun masih banyak lagi pusingan yang perlu diharungi oleh kesemua pelumba yang memungkinkan kedudukan tersebut bakal berubah dan berpihak kepada peminat tegar Marquez yang mahu melihat pelumba itu bangkit di pusingan perlumbaan seterusnya di GP Sepanyol April nanti.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video