Skip to main content

Permotoran

Moto3: Zulfahmi seru Hakim Danish setara rookies yang lain

Moto3

Bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin, melaungkan keyakinan bahawa Hakim Danish Ramli mampu menonjolkan persembahan yang lebih memberangsangkan lagi.

Ia berikutan prestasi Hakim Danish, 18, yang emmperbaiki kedudukan dalam Grand Prix (GP) Brazil selepas mengakhiri perlumbaan di tangga ke-10 berbanding tempat ke-18 dalam pusingan pertama di Thailand.

Advertisement

Bagi Zulfahmi, Hakim Danish berada di landasan tepat untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya satu podium dalam musim sulungnya.

"Dia betul-betul bertekad untuk memperbaiki keputusan. Kita boleh nampak hasil keputusan yang diraihnya dalam GP Brazil.

"Pelumba daripada Rookies Cup menunjukkan prestasi yang bagus dalam Moto3. Saya tidak mahu letak sasaran rendah ke atasnya. Saya mahu dia mengejar pidum setidak-tidak sekali dalam 22 pusingan.

"Dia masuk dalam kalangan pasukan yang kompetitif," katanya.

Masih lagi dalam suasana Berhari Raya, Zulfahmi ia menyifatkan sebagai satu pengorbanan buat Hakim Danish yang terpaksa beraya di perantauan pada usia yang sangat muda.

Namun, ia adalah perkara yang perlu ditempuhi demi memenuhi impian dirinya dan juga rakyat Malaysia.

"Tahun ini saya dapat beraya bersama keluarga setelah beraya di samping pelumba tahun lalu.

"Sebagai seorang pelumba, Hakim Danish meletakkan segala usaha dan terpaksa berdepan cabaran terlepas Hari Raya dan masa untuk keluarga.

"Tapi inilah pengorbanannya kerana karier seorang pelumba sangat pendek," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video