Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin tetap memberikan pujian serta menyanjung tinggi semangat yang ditunjukkan oleh Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, walaupun hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 pada pusingan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
Menurut Fahmi, walaupun pelumba muda dari Terengganu itu bermula di petak tercorot, namun Hakim Danish yang tidak pernah mengalah, sambil menegaskan fokus utama pelumba muda itu harus pada pungutan mata sebelum memburu podium.
Advertisement
"Seperti semua sedia maklum, Litar COTA sangat teknikal dan mencabar, terutama bagi pelumba baharu seperti Hakim Danish.Adaptasinya agak perlahan pada awal perlumbaan dan ada beberapa cabaran termasuk kemalangan. Tetapi melihat dia bangkit dari belakang hingga ke P-13 amat menggalakkan," katanya.
Dalam aksi yang berlangsung Ahad lalu, Hakim Danish berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dengan catatan masa 31 minit 39.002 saat walaupun bermula dari petak ke-25.
Hakim sendiri mengakui saingan itu bukan mudah, terutama selepas terjatuh dan terpaksa memulakan aksi dari kedudukan paling belakang