Skip to main content

Sukan

Moto3: Ini kedudukan terkini Hakim Danish dalam perebutan 'Rookie of the Year' selepas GP Belanda

HD

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, berhasil menambah sembilan mata dalam kedudukan keseluruhan kejuaranan dunia apabila menamatkan perlumbaan GP Belanda di tempat ketujuh hari ini.

Biarpun memulakan perlumbaan di litar Assen itu dari petak ke-16, pelumba berusia 19 tahun itu berhasil melaju ke kelompok depan dan pada satu ketika berada di kedudukan kedua.

Bagaimanapun, penggunaan tayar yang terlalu ekstrem menyaksikan jenteranya kehilangan daya cengkam menuju dua lap terakhir tetapi Hakim Danish masih dapat menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Dengan beberapa pelumba di depannya dikenakan penalti 3 saat berikutan melepasi batas litar, Hakim Danish dinaikkan ke tangga ketujuh untuk memperoleh sembilan mata.

Dengan tambahan itu, pelumba negara berkenaan melonjak ke tangga keenam keseluruhan dengan 82 mata, jumlah mata yang sama dengan pelumba Indonesia, Veda Pratama, tetapi memandangkan Hakim Danish memiliki rekod podium lebih baik (P1 dan P3) berbanding Veda (P3), dia kini berada di tangga keenam berbanding Veda di tangga ketujuh.

Dalam perebutan gelaran Rookie of the Year pula, Hakim Danish kini berada di tangga kedua di belakang pelumba Sepanyol, Brian Uriarte (102 mata), manakala Veda ketiga.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video