Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada saingan Grand Prix (GP) Aragon di Sepanyol hari ini.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menamatkan saingan di Litar MotorLand Aragon dengan catatan 33:29.754 saat (s), iaitu 14.284s di belakang pemenang perlumbaan Maximo Quiles dari Sepanyol.
Tempat kedua dimenangi seorang lagi pelumba Sepanyol David Almansa (33:15.734s) manakala pelumba Argentina Marco Morelli berpuas hati di tempat ketiga (33:16.185s).
Keputusan hari ini membolehkan Hakim Danish menambah empat mata dan kini berada di kedudukan kelapan keseluruhan dengan mengumpul 90 mata selepas 13 pusingan.
Selepas ini, pelumba negara berusia 19 tahun itu bakal beraksi pada saingan GP San Marino pada 11-13 September.-Awani