Skip to main content

Sukan

Moto3: Hakim Danish kemalangan

HD

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, terlibat dalam kemalangan pada pusingan kelima Grand Prix (GP) Britain, sekali gus tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dan terlepas mengutip sebarang mata di Litar Silverstone semalam.

Danish, 19, dalam usaha mencipta satu lagi sensasi bermula dari petak kesembilan dan mengekalkan rentak kelajuan.

Namun nasib tidak menyebelahi pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI tatkala terjatuh ketika mahu mengelak daripada pertembungan dengan pelumba Sepanyol, Adrian Cruces, yang turut dilanggar motosikal pelumba lain dari arah belakang.

Bagaimanapun, dia tetap positif dan akan kembali merebut kejuaraan.

"Syukur Alhamdulillah, saya tiada kecederaan.

"Saya sangat yakin untuk berada di kelompok hadapan.

"Kemudian saya terjatuh cuba mengelak daripada pelumba lain. Saya cuba untuk mengejar kembali perlumbaan tetapi jentera saya tidak mengizinkan.

"Setiap sesi saya memperbaiki kelemahan," katanya. 

Pelumba asal Terengganu itu dijangka kembali pada GP Aragon hujung bulan ini bagi misi memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan dengan 86 mata. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video